Saturday, April 9, 2011

Contest Kisah Paling Menyayat Hati

klik sini untuk maklumat lanjut

Ini Miss Shikio yang tag. Aduh. Apa yang nak aku ceritakan ni? Okei. Sebelum apa-apa, kalau kamu ingin turut sama menyertai pertandingan ini sila klik banner kat atas tu untuk maklumat lanjut ya. 

Aku tak berapa ingat kisah sedih dalam hidup aku ni. Walau tidak terkira tetapi aku cuba untuk melupakan semua. Bukan lupa daratan, cuma aku tak ingin untuk ingat kembali. Ada banyak cerita sedih, tetapi aku rasa ia tidak sesuai dikongsi di sini. Jadi, aku pilih cerita ini. Biar tidak sesedih mana pun. Tetapi mungkin ia boleh beri pengajaran kepada kita semua.

Kamu pernah merasai perasaan dibanding-bandingkan? Maksud aku, diri kamu itu dibandingkan dengan orang lain? Hidup kanak-kanak aku dahulu, penuh dengan pengalaman itu. Ia tidak hadir dari famili tercintaku. Namun, manusia di sekeliling aku cukup berminat dengan perkara ini.

Zaman kanak-kanak, memang sepatutnya gembira. Namun kadang kala terselit duka. Aku punya ramai saudara mara.  Baik lelaki atau perempuan. Kami membesar bersama. Aku berkawan baik dengan dua orang saudara perempuan ni, W dan A. Mereka adik beradik. Bila mereka pulang ke kampung, ke mana-mana kami memang asyik bersama. 

Ada satu ketika, pakcikku berbual dengan kakaknya. Aku terdengar perbualan mereka. Pakcikku menceritakan yang dia menunjukkan gambar kami bertiga kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya memuji-muji kecantikan dan kecomelan W dan A. Bila tengok gambar aku, "Oh, yang ni kurang cantik sikit kan?" Bagaimana perasaan seorang budak perempuan berumur 10 tahun mendengar tentang perkara ini? Ya, aku sedih. Biar masih budak, namun aku punya hati.

Meningkat dewasa. Aku meneruskan persekolahanku ke sekolah harian biasa. W juga ke sekolah harian biasa. A dan beberapa saudara lelakiku ke sekolah agama berasrama. Arwah nenekku sangat berbangga dengan cucunya yang sekolah asrama. Kami yang sekolah harian biasa ini padanya, tak bagus sangat. Ya, mentaliti arwah pada masa itu, sekolah asrama lebih baik dari sekolah harian biasa. Aku masih dibanding-bandingkan dari umur 13 hingga 17 tahun. Tidak perlu aku coret di sini. Biar pendam sendiri.

Sejak itu, aku berjanji pada diriku, aku akan buktikan bahawa aku boleh harungi semua ini. Aku beritahu kepada emak,

"Mak, Along akan buktikan Along akan masuk Universiti. Mak tunggu mak. Tunggu."

Alhamdulillah, aku  menjadi cucu pertama menjejakkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Nenekku pergi menghadap Ilahi sebelum sempat dia melihat aku ke menara gading.

Perkara dahulu menyebabkan perasaan rendah diri masih menebal dalam diri aku. Self esteem tidak setinggi mana. Namun, aku sentiasa berpegang dengan pesanan emakku,

"Along, kita ni rupa tak de. Pelajaran je yang boleh tolong kite."

Ya, Emak. Memang kata-kata emak aku ingat dari aku kanak-kanak sehingga sekarang. Terima kasih Emak.


p/s: tu lah sebabnya kalau ada orang kata aku comel, aku fikir mata orang tu rabun. Haha!
p/s: panjangnya entri ni~
p/s: setiap ciptaan Allah adalah indah :)


tag:

12 comments

April 9, 2011 at 3:32 PM

cik dill....tak baik tau....
bg mina cik dill comel la...
setiap ciptaan ALLAH...semuanya baik2...


jgn rasa mcm tu....kite sama2 comel..
kan..kan...hihihi...

April 9, 2011 at 3:32 PM

mmg la xsuke kne bnding2 camtu kn..
lg la rase rndah diri..
dh la kite byk kekurangan..
sobss

April 9, 2011 at 3:39 PM

@mina: ye, saye tau. setiap ciptaan Allah adalah indah.thanks :)

@cik ezy: yeap. sedih sangat

April 9, 2011 at 3:53 PM

ak x ske dibandingkn!!masing2 ade keistimewaan trsndiri.kn2x? http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

April 9, 2011 at 4:09 PM

cik dill comel....

tp memang rsa rendh diri kn bila dibndingkn cmtu...nonie pun pernh cmtu

April 9, 2011 at 6:01 PM

memang kita semua kan berasa rendah dri apabila dibanding bandingkan.

yg penting Miss Dill sudah buktikan bahawa Miss Dill pasti berjaya jugak. ^_^ chaiyok2.. :D

April 9, 2011 at 6:37 PM

Miss Dill, Miz nak nanges baca entri neh.BTW jgn layan apa org nak cakap, yang penting kita tak susahkan dorang. Juz stick to ur studies dear!!!

April 9, 2011 at 7:06 PM

@ifa: tak de sape2 yang suke

@nonie: tak dapat lupe kan?

@miss shikio: yippie!

@miz novexx: awak, saye dah abes blaja. keje dah :) thanks ^^

April 9, 2011 at 7:32 PM

alaaa.... yeke??? heheh, malu40x... tbtw gud luck in future!!! ;)

April 9, 2011 at 7:36 PM

thanks miz novexx :)

April 9, 2011 at 11:38 PM

ur etul la cik dill... saya pun biasa gak kena...sabar je lah ye tak...he he he...camana pun kekdang bende tu bole dijadikan semangat untuk kita...yakni membuktikan sesuatu...he he he he... always smile...he he he

April 9, 2011 at 11:56 PM

yeap. betul tu Mr Iz. sentiasa menjadi pendorong. thanks :)

Post a Comment