Sunday, April 10, 2011

mangsa umpatan manusia lain

Jika kita sayangkan bangsa, wajarlah kita bersatu. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Namun, ada di antara kita, jiwanya penuh dengan perasaan hasad dengki atau lebih dikenali sebagai PHD. Manusia jenis ini tidak senang melihat orang lain berada dalam kedudukan selesa. Ada sahaja percubaan untuk menjatuhkan orang lain. Apa, kamu semua tak de kerja lain kah? Daripada berusaha menjatuhkan kawan-kawan atau manusia lain, adalah lebih baik kamu bercucuk tanam. Dapat juga hasil. Apa? Bila orang lain jatuh gedebuk, hasilnya hati kamu gembira tak terkata? Ya, bergembiralah kamu di dunia ni. Di sebelah sana belum tentu lagi. 

Kita ni sudah ditentukan berapa banyak perkataan yang boleh kita cakap dalam kehidupan ini. Jika percakapan itu penuh dengan umpat keji, alangkah ruginya kehidupan kita. Kehidupan yang sejernih air sungai dicemari dengan sampah sarap umpat keji. Apa, kamu masih gembira? Puas musnahkan hidup orang lain? Sedar lah manusia. Hidup ini umpama roda. Ada masanya kamu di atas, dan akan ada masanya kamu di bawah.

Buat manusia-manusia itu, sudah-sudahlah mengumpat orang wei. Kasihan sama kawan aku. Seharian membuang air mata sebab kamu. Kalau kamu bayar bil air matanya, tak pe juga. Ni, kamu gelak macam orang hilang akal. Bengong.

19 comments

April 10, 2011 at 10:38 PM

ngompat dpt dose pree2..

April 10, 2011 at 10:55 PM

btul!

April 10, 2011 at 11:14 PM

mengumpat ni mmg tak blh lari dari sifat manusia....


tp kalau ngumpat sampai gelak2 mmg tak beragak la....haiiishhh...

dosa ngumpat satu...dosa aniaya org satu hal lg.....manusia2....

April 10, 2011 at 11:16 PM

tak paham la ngan manusia mcm tu. rase nak hempok je

April 10, 2011 at 11:27 PM

sapela mangsanye2.... kecian die, xpe sbr jerk, diam xbeerti kalah, hang ngumpat aku, pahala hang sume dpt kat aku.... Allah itu adil...

April 10, 2011 at 11:31 PM

mmg kesian kat die. nangis seharian. yeap. Allah Maha Adil

April 11, 2011 at 12:18 AM

Sy rasa yang mengumpat ni dulu cita2 nak jadi pemberita majalah hiburan tapi tak kesampaian, tulah sebab nak lepas gian....

April 11, 2011 at 12:56 AM

kena terus kuat..okeh? mmg la down sbb org ngumpat n gelak2kan kita tp jgn tunjuk kita lemah... :)

April 11, 2011 at 1:44 AM

dia orang jenis yg tak sedar diri...ntah tak tau nak kata apa kat orang yg suka makan daging saudara sendiri ni.....bila dah terkena batang hidung sendiri baru dia tau kot... sabar je la kata ngan kawan cik dill tu ye...

Anonymous
April 11, 2011 at 2:41 AM

eeeeiii.. tak suka mengumpat.. tak suka juga org mengumpat.. Baik lipat je org2 cenggitu.. hehe

April 11, 2011 at 6:31 AM

@jss: ye la kot. cita2 tak kesampaian

@ticer wa: tu la yang saye cube nasihatkan kat kawan saye

@Mr Iz: skarang ni die tak pcaye sape2 dah, mr iz. sian die

@khafaiz: elok dilipat, dibuang ketepian. huhu

April 11, 2011 at 12:11 PM

sokong! btol3...

April 11, 2011 at 12:23 PM

kalo x mengumpat rasa hidup tak lengkap kot..tu yg dok ngumpat je..hoho..tak ingat dosa dah...

April 11, 2011 at 2:13 PM

@nick: :)

@khairul antasha: depa syok sangat la tu

April 11, 2011 at 2:28 PM

tak suke orang yang suke mengumpat.. perkare yang sie2 dan fie tak malu nak mengaku yang fie memang tak ramai kawan di alam realiti sebab ramai manusie kat lua ni lebih suke bercakap perihal orang daripade mencari kelemahan diri.. baik buat hal sendiri..

April 12, 2011 at 12:08 AM

baa~ CAK!!

percuma je masuk neraka ngumpat ni,

April 12, 2011 at 6:35 AM

@mrsfie: mulut orang kadang2 mcm longkang

@azroy: mmg!

April 12, 2011 at 5:26 PM

why don't we love human instead of "bangsa"..

April 12, 2011 at 5:31 PM

well, certain people look down to other people. macam die raja segala

Post a Comment