Thursday, April 28, 2011

solat tiang agama


Aku pasti ramai antara kamu pernah menonton video klip ini. Menginsafkan. Sering aku bertanyakan kepada diriku, adalah solatku diterima Allah s.w.t? Aku tidak sempurna. Penuh cacat cela. Aku cuba memperbaiki diriku. Namun masih terasa palitan noda di sini sana.

Solat mencegah kemungkaran.

Jika yang dinamakan solat itu hanya tonggang tonggek sahaja, bagaimana ia boleh mencegah kemungkaran? Pernah aku terjumpa dengan seorang hamba Allah ini. Bibirnya asyik memperkatakan tentang perkara tidak manis. Tidak manis diperkatakan di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Apakah dia terlupa batas-batas seorang lelaki Islam? Aku cuba menasihatinya dengan baik namun hanya dibalas dengan senyuman dan masih meneruskan percakapan itu. Aku mengambil inisiatif untuk berkata:

"La taqrabu al-zina"

Dia terdiam. 

Sehingga kini, Alhamdulillah. Tiada lagi percakapan tidak manis antara dia dan aku. Mungkin kerna aku sering mengelak dari berbual dengannya.

Ya Rabb, selamatkan hidupku, hidup kedua ibu bapaku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku dan sekalian muslimin dan muslimat dari syaitan laknatullah.

14 comments

April 29, 2011 at 12:17 AM

amin...^^

ak slalu tinggal subuh... huhu

April 29, 2011 at 1:05 AM

kadang kadang ai ingatkan kawan melayu ai untuk solat.
:D

April 29, 2011 at 2:05 AM

ye betul tu cik dill...kekadang mereka mudah lupa..dan kekadang kita kena juga mengingatkannya...elok jauh kan aja diri orang yang macam ni....he he he

April 29, 2011 at 2:30 AM

terima ksih ye atas nsht tu.sy sdr sy sering buat silap..ermmmm

April 29, 2011 at 6:22 AM

@sham: dah subuh ni sham. bangun2 solat subuh :)

@mr iz: tgh cube. time kasih

@woofer: saye pun mengingatkan diri sendiri

April 29, 2011 at 6:25 AM

@amoi: yeke amoi? time kasih kerna prihatin

April 29, 2011 at 9:43 AM

Insyaallah..

April 29, 2011 at 10:08 AM

btl tu..sy pnh juga terfikir solat kta ni sempurna ke tak..di terima ke tak..hanya mampu buat yg terbaik je..jaga solat...

penah juga malas solat.... jahatnya sya..hmmm

April 29, 2011 at 10:57 AM

betul2...baik kte jauhkn diri dr orng cmtu...

kalu lyn jd lg teruk percakapannye..terus xd asas

April 29, 2011 at 11:02 AM

aku suke vid ni.. :)

April 29, 2011 at 12:46 PM

@combi: insyaallah :)

@khairul antasha: zaman dulu kala dulu saye pun pernah malas solat

@nonie: tgh cube jauhkan diri

@hs: ramai orang suke. menginsafkan :)

Anonymous
April 29, 2011 at 3:58 PM

Hanya pada solat je kita dapat merasa kasih sayang Allah s.w.t. Jadi kalau nak rasa kenalah selalu solat dan jangan tinggal :)

April 29, 2011 at 4:15 PM

secara tidak langsung, menjadi renungan buat diri ini juga.. TQ

April 30, 2011 at 12:08 AM

@tira: btul tira :)

@khai: same2 ingatkan satu sama lain

Post a Comment