Dah lama Mina anjurkan contest ni cuma sekarang ni je berkesempatan nak join. Komitmen lain penuh di sana sini. =)
klik banner untuk terjah belog Mina |
Seperti biasa, kalau kamu ingin melihat sendiri belog penganjur, klik aje banner kat atas tu ye. Jadi, aku mulakan karangan aku ^^
"Wahai Rasulullah siapakah orang yang lebih berhak saya berbakti kepadanya? Rasulullah menjawab: Ibumu, aku bertanya lagi: kemudian siapa lagi? Rasulullah menjawab: Ibumu. Aku bertanya lagi: kemudian siapa lagi? Rasulullah menjawab Ibumu. Aku bertanya lagi: kemudian siapa lagi? Rasulullah menjawab: Bapamu, selepas itu barulah kaum keluarga yang terdekat serta kaum kerabat yang lain."
Emak merupakan pemberi semangat utama kepada aku selain ahli keluarga yang lain. Sememangnya emak banyak memberi nasihat seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Jika aku gunakan tabik, seperti askar pula lagaknya nanti. Hehe. Namun aku rasa aku faham apa yang dimaksudkan dengan tabik di situ. Hormat.
Emak, satu ketika dahulu seorang yang sangat garang. Memang emak bukan jenis pukul anak-anak. Namun, ekspresi muka dan kata-kata pedas bak halilintar sudah cukup menikam kalbu kami semua. Kami tahu emak buat begitu untuk kebaikan kami adik beradik. Kalau tak, tak jadi orang la. Mungkin jadi Doraemon atau Mat Kacau.
Teringat cerita emak. Kami empat beradik. Hanya beza setahun seorang. Bayangkan, jika aku berumur empat tahun, adik-adik tiga tahun, dua tahun dan setahun. Jadi, apabila kami berempat membuat perangai dan menangis, emak akan turut menangis. Bukan bengang atau geram. Emak sedih kerana tidak dapat mengawal keempat-keempat anak-anaknya yang buas tahap dewa. Dahulu hari-hari kami bergaduh. Biasalah, budak-budak. Ada sahaja yang tidak kena. Emak sampai tidak boleh berkata apa-apa. Walau emak marah bagai nak rak, kami masih boleh bergaduh selepas sesi emak marah.
Semasa kami masih kecil, Emak jarang membuat lawak jenaka dengan kami. Kebanyakan waktu, Emak serius. Sampai kami naik seriau. Tidak berani hendak bertanya apa-apa soalan berkaitan pelajaran. Nanti kena marah. Mangsa kami, Ayah lah! Hehe. Waktu itu kami tidak mengerti kenapa Emak asyik marah-marah. Setelah meningkat dewasa, kami sedikit sebanyak memahami bahawa Emak sangat letih. Tanggungjawab di tempat kerja dan rumah, Emak pikul sendiri.
Sebagai anak sulung, aku galas tanggungjawab berat. Harapan emak dan ayah terletak di bahu. Cukuplah aku lihat orang lain bergaya sakan dengan kejayaan anak-anak mereka di hadapan emak. Emak cuma tersenyum. Aku tahu, emak mahu aku menjadi contoh.
Emak,
Along tahu Along bukan anak yang sempurna semua segi. Namun Along berusaha sehabis baik untuk membuat Emak bangga. Walau dari kecil Along tidak dipandang bangga oleh orang lain, namun Emak tetap menyokong dari belakang. Sehingga sekarang.
Emak, maafkan Along kerna tidak berjaya mendapat ijazah kelas pertama. Maafkan Along kerna tidak tersenarai dalam senarai dekan. Tetapi Along tahu Emak bangga bila Along naik ke pentas Taman Ilmu dan Budi untuk mengambil segulung ijazah. Selepas ini Emak boleh berbangga dalam hati kerna punya anak berpelajaran. Walau tidak sehebat mana, tidak secantik mana. Anak Emak ini sayang emak sampai mati.
Emak,
Emak seperti sebahagian dari diri Along. Tidak dapat bayangkan hidup tanpa Emak. Tika Along menulis bait-bait ayat ini, mata Along berkaca. Tidak tergambar atau tertulis pengorbanan Emak dalam kehidupan Along.
Emak,
Terima kasih kerna sanggup membawa Along ke hulu, ke hilir selama sembilan bulan sepuluh hari. Terima kasih kerna sanggup bertarung nyawa melahirkan Along. Terima kasih kerna memberikan kasih sayang seluas lautan. Terima kasih kerna menerima Along seadanya.
Emak,
Kasih Along. Cinta Along. Segala yang Along mampu, semua untuk Emak. Terima kasih.
Sekarang, kami semua sudah besar. Muda remaja gitu. Hehe. Bila berjalan-jalan dengan Emak, Emak akan jadi orang paling kecil. Anak-anak macam pengawal peribadi Emak. Sekarang Emak sudah pandai buat lawak. Kadang-kadang lawak nya melampau. Kami tukang gelak. Ahaks.
Sayang Emak selalu. =)
p/s: panjangnya entri ini. Mina, selamat membaca! =)
p/s: Mina, dill idam semua benda comel & berwarna-warni. ahaks
p/s: Mina, dill idam semua benda comel & berwarna-warni. ahaks
16 comments
hhmmm....mina sgt sedih.....cik dill jaga mak baik2..hargai mak selagi mak bernafas.....
mina tak sempat nak bls pengorbanan mak.....hhhmmm.....mesti mak cik dill sgt bangga dgn anak2 nye...
org ckp, kalau budak nakal...maknanya budak tu bijak..hehehe...
mina tau dah cik dill minat apa...hehehe...kita kan minat benda yg sama..hihihi
terharu dgr kisah ini.
yah! Miss Dill akan terus maju ke hadapan.. go!! ^_^
@mina: arap2 sempat nak balas budi mak. walau tak setimpal ngan apa yang mak dah korbankan, tapi saye nak cube jugak.
yang comel2 kegemaran kite. hihi
@shikio: thanks dear :)
kasih ibu hingga ke syurga..justeru hargailah... tacing sangat bc post ni huhu dan2 rindu mai jauh kat utara sinun
ujung bulan depan kite pakat balik kg ramai2. hihi :)
mak aku pun garang... :)
p/s: orang yg paling menikam kalbuku semesetinya Manikam a/l Tertikam
yeah! tu jawapan terhangat dari kamu. haha!
ada ciri2 nak menang !!
gud luck !
thanks nelly. ameen. :)
hargaila ibubapa kite sementara mereka masih ade...
wah syahdu ni ...berbaktilah sementara ada waktunye ye cik dill....
pergh pnjg entry.hhheeee
gudluck ye..
tanpa emak,siapa kita??ermmmm
best kalau ada emak lagi..ermmmm
sampaikan salam kat mak kamu ya.. :) rindunya kat mak..alahai....
wahh..camne la kalau mak miss dill baca nie..mesti babak sendu sendan nie..miss my mom..
tetiba rasa terharu
waaaaa mama....
latest entry: Malas memasak
rindu pulak kat mak..
tapi..... :(