Friday, April 15, 2011

manusia pelbagai ragam ii

Disclaimer: Segala watak dan jalan penceritaan adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada di antaranya sama dengan realiti, itu hanyalah kebetulan sahaja. Terima kasih.

Kayla merupakan seorang warga pendidik baru di sebuah sekolah terletak di pinggir bandar. Kayla berasa sangat gembira kerana akhirnya dia berjaya menjadi seorang guru. Bangga rasanya. Sebelum ini Kayla bertugas di sekolah lain selama beberapa bulan sebelum digerakkan atas nama keperluan opsyen ke sekolah kini. Seperti diketahui, apabila ditempatkan di sekolah dengan label guru baru, pelbagai jawatan diterima. Baik senang atau susah, Kayla terima tanpa banyak cerita. Di sini, Kayla mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Kayla sedang membina kehidupan. Belum mampu membeli kereta. Hanya kaki sebagai pengangkutan utama.

Banyak perkara yang masih belum Kayla ketahui. Kayla masih dalam proses belajar. Namun ada manusia yang tidak memahami terus menerus menekan Kayla. Sindiran dan usikan Kayla telan bulat-bulat. Kayla sedih. Tetapi, tiada apa yang boleh Kayla buat.

Baru-baru ini anak didik Kayla terlibat dengan pelbagai pertandingan. Walaupun Kayla tidak mengajar mereka, namun Kayla tahu tentang anak murid setiap darjah. Tidak banyak, sedikit pun jadilah. Kayla telah mengamanahkan guru-guru yang berkenaan untuk melatih murid-murid tersebut. Kayla sendiri turut sama melatih salah seorang dari mereka.

Sehari sebelum hari pertandingan, berlaku sedikit silap faham. Salah seorang pihak pentadbir, Puan Lulu tidak membenarkan guru berkenaan untuk menghantar anak murid tersebut ke lokasi pertandingan. Puan Lulu tidak mahu guru Bahasa Inggeris keluar dari sekolah. Tambahnya lagi, kasihan pada murid-murid darjah 1 jika guru itu keluar menghantar anak murid. Lebih-lebih lagi guru itu akan melahirkan anak nanti. 

*Guru perempuan itu bukannya sudah 9 bulan mengandung. Baru beberapa bulan dan dia tidak kisah hantarkan murid kami.

"Cik Kayla la yang kena hantar. Tumpang sekolah sebelah," kata Puan Lulu.

Kayla tergamam. "Aku hantar budak? Tumpang sekolah sebelah? Bukankah aku juga guru Bahasa Inggeris? Kenapa pula jadi macam ni?," macam-macam soalan menerpa ke fikirannya.

"Tapi Puan, bukankah esok kita ada program? Tak ada pengajaran & pembelajaran (p & p) kan?" terang Kayla.

Kebetulan hari terakhir minggu itu ada Hari Usahawan. Semua murid terlibat dan tiada p & p pada hari itu. Program ini dicadangkan oleh Puan Lulu sendiri. Macam mana dia boleh lupa!

Puan Lulu kata dia akan periksa jadual semula. Kayla berasa sangat bengang sebengang bengangnya dengan Puan Lulu. Apa dia fikir Kayla tidak ada perasaankah? Kesabaran Kayla ada batasnya. Bukannya boleh dipijak-pijak sesuka hati.

Puan Lulu bengong.

Sebelum pulang, Kayla pergi bersemuka dengan Puan Lulu untuk bertanyakan tentang hal itu. Puan Lulu kata, seorang guru lelaki akan menghantar murid itu.

Kayla: Okei.

Selesai semua. Namun Kayla masih marah. Puan Lulu bengong! bentak Kayla dalam hatinya.

Kalau aku berada dalam situasi Kayla pun, aku akan marah. Serius.


p/s: panjang pulak entri yang ni. o_O

5 comments

April 15, 2011 at 8:22 PM

cian kat kayla..
sng je kene tindas..
huhukk

April 16, 2011 at 12:32 AM

puan lulu bukan bengong tu...he he he dia masuk air... tarikan graviti tu kurang... bagus kayla tetap sabar dalam mendidik...he he he

April 16, 2011 at 8:40 AM

emm sabar jela..
kalau melawan nnt lg teruk kena..

April 16, 2011 at 8:45 AM

kayla [ulak y jd mngsa...ish,sske hati je kan

April 17, 2011 at 9:39 PM

fuuhhh....tu namanya puan lulu tu tak amik tahu psl segala benda yg ada kat sekeliling...nak amik jln mudah je..
tak pikir org lain....adoohaii..

Post a Comment