Sunday, April 3, 2011

ini entri emosional. sebarang surat menyurat tidak akan dilayan

Ha! Ambik! Panjang tajuk entri.

Pada hari ini sekali lagi aku diuji dengan kata-kata pedih dari seorang kenalan lama. Bila asyik disoal dengan soalan yang sama, aku bosan okei. 

Kawan aku: wei keje kat ner?..anak brape dah?

Aku: keje kat kl. blom kawen la

Kawan aku: ops sori.....bila lagi?

Aku: tak tau lah. tak de calon lagi

Kawan aku: memilih kot.....sabar je...ade la tue...aku ader kawan. ko nak tak?

Aku: nak tanye sket. nape bile orang single cakap tak de calon, korang mesti kate memilih? ade pikir perasaan kitorang tak?

Kawan aku: bukan aper...dari segi pengalaman aku la, golongan jenis ni terlampau berhati2. sedangkan tuhan dah sediakan rezeki dalam perhubungan tue.

Aku: kite tak bleh simply letak sape2 dlm satu kategori. kite tak tau bagaimana situasi seseorang tu. mmg pengalaman bleh kasi mcm2 input. tapi, bukan semua sama.

Kawan aku: maybe...aku terima jawapan tue...sbbnyer aku taktau masalah awak...ce cita ce cita

Aku: tgk, baru nak tanye lepas dah cakap mcm2 kat saye?

Maaf di atas penggunaan bahasa ringkas dan bercampur aduk. Mungkin ada di antara kita akan berkata, dia berniat baik. Risaukan tentang kehidupan rumahtanggaku. Berhenti di situ. Dia tidak kenal aku sepenuhnya. Jadi dia tidak layak untuk mengkategorikan aku. Apa yang ingin aku sampaikan di sini, manusia lain memang stereotaip dengan kami yang masih sendiri. Salahkah kami kerna masih sendiri? Kami tidak menyusahkan sesiapa. Tidak merayu bagai hendak gila kerna inginkan seorang suami. Tolong fahami jiwa kami. Tetapi aku fikir, sesetengah manusia memang tidak faham atau tidak ingin untuk faham bagaimana kami meneruskan kehidupan.

17 comments

April 3, 2011 at 11:08 PM

siannya xpe2 ak phm perasaan kau
ak pun xmemilih juga
cuma belum ad duit yg ckup nk beri nafkah nnti x.x"

April 3, 2011 at 11:16 PM

sian kite kan raji...

April 3, 2011 at 11:46 PM

xpe, ada mksud di sebalik sesuatu kan ? cume ingin menunggu je kan ? :)

April 4, 2011 at 1:10 AM

relex erk miz dill..
jnji hidup hepy sudey..
kan.. kan..

April 4, 2011 at 6:38 AM

@inspirationalefeks: mungkin juga

@iema: dah tak larat nak relax dah

April 4, 2011 at 11:29 AM

lbih kurang mcm sy la bila sy kata single ramai plak nak offer adik pmpuan dorg? adoi...

April 4, 2011 at 1:23 PM

khalis sndiri cakap ini sbb mungkin khalis tak pandai nak baca perasaan orang lain..tapi adakala bertanya memilih la tue adalah sebagai soalan gurauan..dan ternyata,kalau tak kene dengan orangnya mmg blh menimbulkan musibah..

hottest entry di blog khalis :
Ada apa dengan DARA

April 4, 2011 at 2:36 PM

sabar je la dear...

semua tu Allah yang tentukan..

:) :)

mari kta duduk tepi padang smbil mkn ice cream..jommm.. :)

April 4, 2011 at 3:06 PM

@nick: untung btol nick :)

@khalis: khalis, tu hanye sebahagian dari perbualan kami. kalau khalis bace semua, mungkin akan rase die maksudkan yang saye memilih.bukan gurauan

@khairul: jom! makan aiskrim ^^

April 4, 2011 at 3:36 PM

msaih single tidak bermakna kita nie memilih.. pasti ada sebab yg tersendiri..

April 4, 2011 at 3:43 PM

baa~ CAK!!

roy tau.. dill tunggu roy kan??

April 4, 2011 at 6:19 PM

@cik moon: time kasih sbb memahami :)

@azroy: a'ah. tunggu awak le ^^

April 4, 2011 at 9:47 PM

cik dill...sabar....mina hope ALLAH bg pasangan yg terbaik buat cik dill...


cik dill jgn sedih ye...

April 5, 2011 at 1:39 AM

ala rilek je cik dill... tak yah nak pening kepala ada rezeki adalah nanti tu he he he.... saya dulu pun macam tu gak orang dok kata..... sampai orang kata ... ko ni gay ke...he he he... saya rilek je... hanya aku yang tahu siapa diri aku... he he he....

April 5, 2011 at 1:43 AM

sabar2...

sbb tu kkdng kte xleh ltak diri kta sama ngn situasi semua orng kan...

cheer up dear :)

April 5, 2011 at 9:53 AM

Tak salah...tidak sekali-kali salah. Jodoh pertemuan itu semua ditangan Tuhan, kita semua mampu merancang.
Kadangkala cinta yang dicari akan pergi, cinta tak diundang akan sentiasa datang...Dengan kata mudahnya, biarlah cinta itu datang dengan sendirinya tidak kira dengan siapa, dimana dan kenapa kerana jika cinta itu milik kita, maka dugaan macam mana sekalipun, rintangan sebesar manapun, jika ianya milik kita, tetap milik kita.. uhuksss, mana tisu ni.
Errr...kenapa tak cakap jika yang awk sedang bercinta? kan..kan..kan

July 10, 2011 at 10:10 AM

terima kasih semua :)

Post a Comment