Tuesday, April 12, 2011

sarapan pagiku asap

Waktu pagi di kawasan perumahanku penuh dengan murid-murid sekolah. Sudah seperti ombak tsunami. Kiri kanan budak sekolah. Tak kira lah, tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah. Semua sekolah berdekatan antara satu sama lain.

Dari kejauhan aku ternampak dua orang anak muda, berseluar hijau tua dan berbaju kemeja putih. Ya, budak sekolah menengah. Aku kecilkan mataku, cuba meneliti apa yang mereka sedang lakukan sambil berjalan kaki. Rupa-rupanya, mereka sedang melangkah sambil bersarapan. Bukan makan nasi lemak atau roti canai. Atau apa-apa makanan yang sedap-sedap. Mereka sedang bersarapan dengan asap. Bukan asap dari orang bakar sampah tu ye. Asap rokok! Berkepul-kepul asapnya. Lepas tu gelak ketawa kuat-kuat. Buruk perangai.

Mencemar udara.

Kalau nak mati, mati la seorang diri. Tak payah libatkan orang lain yang berjalan berdekatan dengan kamu. Di mana siviknya? Sia-sia je belajar Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah tetapi tidak digunapakai.

Ni lagi sorang, bengong.

17 comments

April 12, 2011 at 10:31 PM

maybe masa kelas sivik diorang ponteng sebab 2 perangai macam 2...
hihi...

April 12, 2011 at 10:36 PM

mmg pun...bengang je kan...kita ni kemain la nak menikmati udara segar pg hari..dah tercemar.....


sama la katt opis tu..lepastu bila kena aircond..perhhh...busuk...

April 12, 2011 at 10:38 PM

@iema: ye la agaknye. tu sbb kekurangan ilmu sivik

@mina: kelemasan dibuatnye~ oh no!

April 12, 2011 at 10:53 PM

xsuke bau asap rokok..
busuk yg amat..
huhu..

bebudak skrg dh advance.. skolah lg dh pndai merokok..

April 12, 2011 at 11:14 PM

diorang tu bengap. nak berasap pun, jauh2 la sket

April 12, 2011 at 11:17 PM

Itu namanya dorang memang tak belajr sivik kat sekolah @ tak pergi sekolah .hehe

April 12, 2011 at 11:28 PM

pegi skolah. jasad je. fikiran melayang

April 12, 2011 at 11:49 PM

haishh.. apa punya perangai lah budak2 sekarang.

April 13, 2011 at 12:04 AM

ntah...
bebudak sekrg
merokok x oadan ngan usia...
show off jer lebih...^^

April 13, 2011 at 12:12 AM

entry panas hati ea??hehee sbr.memang orang susah mcm ni..suka nak kata orang skg ni,nak mrokok pun tak pndai amik port..

merokok membahaya padah,tak suka merokok.hayat dipendekkan selangkah kedepan..follow ke 233 kat sni..layan

April 13, 2011 at 12:34 AM

dia orang ni selalu lari kelas sivik kot... lagi satu konon nampak macho la tu awek awek pandang la tu kira gempak la....he he he piraaahh...he he he...

April 13, 2011 at 12:43 AM

miss dill lyn la iema tu...werkk..hahah

diorng fogging tu..awl pg ngn snja kan mmng byk nyamuk.kihkih

April 13, 2011 at 6:34 AM

@shamsuddin: nak nampak cool di mata dunia

@woofer: panas hati di pagi yang sejuk. btw, thanks :)

@mr iz: perasan macho la tu

@nonie: nak fogging, sile pakai baju warne oren terang =P

April 13, 2011 at 6:35 AM

@shikio: tak de tamadun. huhu

April 13, 2011 at 11:39 AM

kite bakor je!!

April 13, 2011 at 5:57 PM

roy.. ko ngan tina apa kes?bertahan ke?

April 13, 2011 at 6:00 PM

@azroy: hihi. kejam wei

Post a Comment