Bukan senang hendak mencari rumah sewa di kawasan padat penduduk ni. Kebetulan, penempatan aku pada bulan Ramadhan. Memang menguji jiwa dan raga. Aku perlu melapor diri pada hari Isnin. Maka, aku dan ayahku mula mencari rumah sewa dari hari Jumaat lagi. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Semua tempat yang kami tanya, jawapan tetap sama.
Tiada, dik.
Tiada, pakcik.
Tiada, abang.
Aku dan ayahku pulang ke rumah pakcik di Kajang. Keesokan harinya, kami cuba lagi mencari rumah sewa. Alhamdulillah, kebetulan masih ada sebuah yang kosong. Walking distance. Alhamdulillah.
Setiap pagi, selalunya aku akan set alarm telefon bimbit pada pukul 6 pagi. Ye, aku tahu aku set lambat. Haha! Tapi kan, selalunya, alarm telefon tak sempat berbunyi pun. Aku terjaga dengan alarm telefon jiran tingkat bawah. Bunyi alarm dia, mak datok. Kuat sangat. Dia tak terjaga pun. Aku yang terbangun. Macam mana aku tahu dia tak terjaga? Alarm tu masih terus berbunyi ketika aku mengemas tempat tidur dan bersiap-siap ke bilik air. Haha!
Terima kasih, Encek/Puan Jiran!
11 comments
tension giler jiran miz dill 2..
tp ok la xyah susah2 miz dill set alarm laen kali..
hihi
saya wakil jiran miss dill.. dia nak miss dill share duit beli bateri alarm sbb sebab miss dill pun dapat menfaat jom loceng beliau..
hottest entry di blog khalis :
Bila isteri curang dan kantoi
Makna disebalik kata-kata seorang perempuan
jiran ni dapat membantu rupanya..
hehehe...~
@iema: pagi2 mmg membuatkan daku tensen
@khalis: permintaan tak akan dilayan.ahaks
@shikio: yah! tapi mengganggu gugat tidur ku yang best
ekeke..
jiran xbgon miss dill yg bgon..
sgt membantu..
ni mesti jns tido mati kn...hahaha
dh untung dh..dill xyh kunci jam..:)
hehehe....kalau taman ni...mina punya alarm paling kuat....hahaha....
sbnrnya dah bgn...tp malas nak off...
cian jiran mina.....
ntah2 cik dill jiran mina kot...kihkihkih...
@cik ezy: tapi gua tertekan! haha!
@nonie: wuu. kene ade alarm gak. takot tak sedar
@mina: oh. rupenye mina jiran i :)
bangun ~
XP
hihi, saya pun cukup sensitive dengan bunyi-bunyian. hihi. member berdengkur pun boleh jadi alarm. hihi
btol! kite same la encek hisyam!